Penglibatan aktif komuniti pedalaman Sarawak dalam perniagaan seni kraftangan warisan

Jamadin, Nurnazirah (2024) Penglibatan aktif komuniti pedalaman Sarawak dalam perniagaan seni kraftangan warisan. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Dalam usaha mengekalkan warisan seni budaya yang kaya di Sarawak, penglibatan aktif komuniti pedalaman di Sarawak seperti kaum Orang Ulu, Kelabit, dan Lun Bawang dalam perniagaan produk dan seni kraftangan tradisional memainkan peranan yang sangat penting. Bagi masyarakat ini, seni kraftangan bukan sahaja merupakan suatu bentuk ekspresi budaya tetapi juga menjadi sebahagian daripada identiti mereka yang diwarisi dari generasi ke generasi. Dengan pelbagai cabaran modenisasi dan globalisasi, langkah langkah proaktif dalam melibatkan diri dalam perniagaan produk dan seni warisan adalah penting untuk memastikan kekayaan budaya ini tidak lenyap ditelan zaman.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130698.pdf]
Text
130698.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics