Abstract
Hari Kemerdeka Malaysia, disambut setiap 31 Ogos, bukan sekadar memperingati detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957, tetapi juga mencerminkan perjalanan negara dalam mengekalkan kedaulatan, perpaduan, dan identiti nasional. Seiring dengan perubahan zaman, sambutan hari merdeka turut mengalami transformasi yang mencerminkan adaptasi masyarakat terhadap perkembangan teknologi dan keperluan semasa. Sambutan kemerdekaan di Malaysia telah mengalami perubahan ketara sejak 1957, dari perarakan fizikal di Dataran Merdeka kepada pelbagai bentuk sambutan digital. Secara tradisinya, di Malaysia sambutan kemerdekaan disambut dengan elemen tradisional seperti perarakan, nyanyian lagu patriotik, dan pengibaran bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang masih dikekalkan. Begitu juga dengan permulaan upacara rasmi seperti bacaan Rukun Negara dan laungan "Merdeka!" tetap menjadi keutamaan dalam sambutan kemerdekaan. Walau bagaimanapun, acara sambutan kemerdekaan kini kian berubah atau berevolusi mengikut peredaran zaman. Dalam transformasi sambutan hari kemerdekaan ini dengan penggunaan platform digital iaitu media sosial dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda. Ini menunjukkan media sosial memainkan peranan penting dalam menjalankan fungsi sebagai medium untuk memupuk semangat cinta akan negara. Platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, dan YouTube digunakan untuk memperluas kandungan berunsurkan patriotik seperti video pendek, ciptaan lagu, puisi, dan infografik yang berkaitan dengan sejarah negara dan nilai kebangsaan. Seperti contoh inisiatif yang dijalankan sebelum ini "Cerita Malaysiaku" oleh Kementerian Komunikasi dan Digital memperkenalkan pendekatan baharu dalam menyemarakkan semangat patriotik. Selain itu, institusi pendidikan juga dapat memanfaatkan media sosial untuk menarik minat dan menyuntik semangat patriotik
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Syarul Heiry UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Tradisional, Merdeka, Digital |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130654 |
