Abstract
Pengenalan
Di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, tersergam megah deretan bangunan pencakar langit yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Jika dahulu, Malaysia berbangga dengan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, dan Menara Signature TRX yang mempunyai 106 tingkat. Namun kini, Menara Merdeka 118 yang turut dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118, atau PNB 118 yang mempunyai 118 tingkat telah mengungguli semua bangunan tersebut sebagai menara tertinggi di Malaysia. Terletak strategik di antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Jebat, di jantung ibu kota, menara ini menjadi simbol kemajuan serta aspirasi negara menuju masa depan yang lebih gemilang. Projek ini secara rasmi dicadangkan dan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM5 bilion. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2014 dan berjaya disiapkan pada tahun 2023, menjadikannya satu lagi ikon kebanggaan Malaysia di persada dunia.
Fakta Tentang Menara Merdeka 118
Reka bentuk menara ini diinspirasikan daripada imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang mengangkat tangan ketika melaungkan 'Merdeka'.
Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Pemilihan angka 118 sebagai bilangan tingkat Menara Merdeka 118 bukanlah satu kebetulan. Bilangan tingkat ini dipilih untuk memberi impak global dan menjadikan Malaysia dikenali sebagai negara yang mampu membina megastruktur bertaraf antarabangsa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Umar, Norazah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Merdeka, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Megastruktur |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130633 |
