Kemerdekaan kita, kejayaan mereka: generasi inspirasi di pentas dunia

Umar, Norazah (2025) Kemerdekaan kita, kejayaan mereka: generasi inspirasi di pentas dunia. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Saat jam berdetik ke angka 12 pada malam 31 Ogos 1957, laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” memecah sunyi. Ia bukan sekadar lafaz kebebasan, bukan juga sekadar sejarah untuk dikenang tetapi sumpah setia sebuah bangsa untuk membina tanah air yang merdeka.
Hari ini, selepas 68 tahun, amanah itu kini berada di bahu generasi pewaris , Anak Malaysia. Generasi pewaris ini perlu terus mempertahankan dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.
Kita, Anak Malaysia, lahir di bumi yang kaya dengan warna-warni budaya, bahasa, dan warisan. Di sinilah kita belajar tentang erti perjuangan, menghargai keringat pejuang, dan menyulam impian untuk Malaysia yang lebih gemilang. Aspirasi Malaysia bukan sekadar angan, tetapi sebuah citacita yang harus digenggam erat, dijaga dan diteruskan.
Anak Malaysia hari ini berada di barisan hadapan dalam membentuk masa depan negara. Aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, sejahtera, dan berdaya saing di persada dunia tidak mungkin tercapai tanpa peranan aktif generasi muda.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Aspirasi, Warisan, Anak Malaysia
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130631
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130631.pdf] Text
130631.pdf

Download (585kB)

ID Number

130631

Indexing

Statistic

Statistic details