Pengaruh latihan pembangunan diri terhadap kesejahteraan psikologi pekerja

Tukiran, Nooraza and Mohamad Arif, Maziah (2025) Pengaruh latihan pembangunan diri terhadap kesejahteraan psikologi pekerja. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Dalam dunia kerja yang semakin mencabar, tuntutan tinggi, perubahan teknologi pantas dan gaya hidup sibuk sering menjejaskan kesejahteraan psikologi pekerja serta prestasi organisasi. Kajian menunjukkan bahawa latihan pembangunan diri—yang merangkumi bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran insaniah seperti pengurusan stres, komunikasi, kecerdasan emosi dan minda positif—mampu meningkatkan motivasi, keyakinan dan produktiviti pekerja. Berdasarkan konsep kesejahteraan psikologi oleh Carol Ryff, pekerja yang sejahtera memiliki penerimaan diri, hubungan positif, autonomi, keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran, matlamat hidup yang jelas dan keinginan untuk pertumbuhan peribadi. Oleh itu, latihan pembangunan diri berperanan penting sebagai pemangkin kepada kesejahteraan psikologi dan kecemerlangan pekerja di tempat kerja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130624.pdf]
Text
130624.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics