Abstract
Dalam dunia kerja yang semakin mencabar, tuntutan tinggi, perubahan teknologi pantas dan gaya hidup sibuk sering menjejaskan kesejahteraan psikologi pekerja serta prestasi organisasi. Kajian menunjukkan bahawa latihan pembangunan diri—yang merangkumi bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran insaniah seperti pengurusan stres, komunikasi, kecerdasan emosi dan minda positif—mampu meningkatkan motivasi, keyakinan dan produktiviti pekerja. Berdasarkan konsep kesejahteraan psikologi oleh Carol Ryff, pekerja yang sejahtera memiliki penerimaan diri, hubungan positif, autonomi, keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran, matlamat hidup yang jelas dan keinginan untuk pertumbuhan peribadi. Oleh itu, latihan pembangunan diri berperanan penting sebagai pemangkin kepada kesejahteraan psikologi dan kecemerlangan pekerja di tempat kerja.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tukiran, Nooraza UNSPECIFIED Mohamad Arif, Maziah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Psychological tests and testing B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
| ISSN: | 2735-0525 |
| Keywords: | Pembangunan diri, kesejahteraan psikologi, motivasi pekerja, produktiviti organisasi |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130624 |
