Aktiviti “program sitok kamek”

Shamsawi, Nurul Atheerah (2016) Aktiviti “program sitok kamek”. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.

Abstract

Program Sitok Kamek merupakan salah satu program aktiviti pelajar semester akhir Fakulti Pengurusan Maklumat. Aktiviti ini telah diadakan pada 28 Januari 2016, bertempat di Universiti Teknologi MARA Kedah. Tujuan asal program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan keunikan budaya negeri Sarawak kepada pelajar di Universiti Teknologi MARA Kedah serta mengeratkan silaturrahim di antara warga Universiti Teknologi MARA Kedah dan Universiti Teknologi MARA Sarawak. Seramai 27 orang pelajar termasuk seorang pensyarah pengiring telah terlibat di dalam program ini. Aktiviti bermula dengan aktiviti memasang peralatan di sebelah pagi, bertempat di Perpustakaan Sultan Badlisyah UiTM Kedah. Majlis ini bermula kira-kira jam 09.00 pagi setelah semua booth selesai dihias dan diikuti dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Selepas itu, program berlangsung dengan ucapan perasmian oleh pensyarah fakulti pengurusan maklumat UiTM Kedah dan UiTM Sarawak dan majlis bersurai diadakan pada pukul 04.30 petang. Program seperti ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar samada masih bergelar pelajar ataupun sudah bekerja kelak agar mereka dapat mengurus sesuatu program dengan baik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsawi, Nurul Atheerah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin
ISSN: 2232-1578
Keywords: Program sitok kamek, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak, UiTM Kedah
Date: July 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130593
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130593.pdf] Text
130593.pdf

Download (1MB)

ID Number

130593

Indexing

Statistic

Statistic details