Scam- penipuan secara atas talian

Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana (2024) Scam- penipuan secara atas talian. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Saban hari terdapat rakyat Malaysia yang discam melalui saluran media sosial seperti Facebook, Tiktok, Telegram, Whatsup serta Instagram oleh individu yang dikenali sebagai "scammer". Saluran - saluran ini dijadikan sasaran kerana ianya dapat diekses dengan mudah dan hampir semua penduduk Malaysia mempunyai akaun meglia sosial. Malah, "scammer" juga turut bergiat aktif dengan menelefon mangsa - mangsa mereka. Lebih membimbangkan lagi didapati Al Generatif dan teknologi 'deepfake' dikenal pasti sebagai antara punca yang menyumbang kepada peningkatan kes penipuan dalam talian pada tahun ini. Hampir setiap hari kes - kes kehilangan duit dalam kuantiti yang banyak telah dilaporkan. Bukan hanya ratusan, malah ribuan hingga mencecah jutaan ringgit. Jumlah kerugian jenayah penipuan dalam talian mencecah lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun. Sebanyak 266,230 kes penipuan dalam talian dilaporkan oleh mangsa membabitkan akaun keldai bagi tahun 2020 hingga Jun tahun 2024. Mangsa - mangsa mereka terdiri daripada pelbagai golongan. Tidak kira tua, muda, wanita, lelaki malah pesara juga.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130581.pdf]
Text
130581.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics