Bukan sekadar tanggal 31

Mazeni, Noor Azizah and Libasin, Zuraira (2025) Bukan sekadar tanggal 31. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Setiap kali bulan Ogos menjelma, semangat patriotik mula terasa. Lagu “Tanggal 31” nyanyian Almarhum Sudirman Hj Arshad kembali berkumandang di radio dan media sosial. Sekolah, pejabat dan jalan raya dihiasi Jalur Gemilang. Tapi, sejauh mana kita benar-benar menghayati makna di sebalik Hari Kebangsaan? Adakah kemerdekaan itu sekadar cuti umum atau lebih daripada itu? Artikel ini membawa anda menyelusuri fakta dan trivia menarik yang mungkin tidak diajar dalam buku teks. Diharap artikel ini dapat mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar simbolik, tetapi sebuah kisah perjuangan, kebijaksanaan, dan identiti bangsa. Berikut adalah trivia menarik tentang kemerdekaan Malaysia. 1. Laungan “Merdeka!” yang Bergema 7 Kali Pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman dengan penuh semangat melaungkan perkataan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali di hadapan lebih 20,000 rakyat. Ia bukan sekadar laungan biasa, tapi satu simbol kebebasan dan maruah setelah sekian lama dijajah (Ooi, 2004). 2. Bendera Direka oleh Anak Muda Johor Tahukah anda, Mohamed Hamzah, seorang arkitek muda dari Jabatan Kerja Raya Johor, adalah pencipta reka bentuk bendera Malaysia. Beliau baru berusia 29 tahun ketika hasil rekaannya dipilih dalam pertandingan rasmi. Menariknya, beliau hanya menerima RM500 sebagai hadiah (The Star, 2007). 3.Lagu Negaraku Bukan Lagu Asal Irama lagu kebangsaan “Negaraku” sebenarnya berasal dari lagu negeri Perak yang bertajuk “Terang Bulan”, yang ketika itu popular di kalangan rakyat. Ia kemudian diubahsuai dan dijadikan lagu rasmi negara (Kassim, 2003). 4.Jalur Gemilang Bukan Nama Asal Bendera Malaysia yang kita kenali hari ini hanya diberikan nama rasmi “Jalur Gemilang” pada tahun 1997, iaitu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-40. Sebelum itu, ia dikenali hanya sebagai “Bendera Malaysia” (Information Department of Malaysia, 2015). 5.Merdeka Diumumkan Sebelum 1957 Menariknya, perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani lebih awal pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Namun tarikh rasmi kemerdekaan ditetapkan sebagai 31 Ogos 1957 (Mohd, 2017).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazeni, Noor Azizah
UNSPECIFIED
Libasin, Zuraira
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Jalur Gemilang, Merdeka, Bendera Malaysia
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130579
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130579.pdf] Text
130579.pdf

Download (506kB)

ID Number

130579

Indexing

Statistic

Statistic details