Abstract
Entiti Kecemerlangan (EK) merupakan unit atau entiti yang terdiri daripada kumpulan penyelidik yang aktif menjalankan aktiviti penyelidikan atau perkhidmatan dalam bidang tujahan tertentu atau bersifat interdisiplinari. Kumpulan penyelidik ini dikenali oleh komuniti akademik dan industri di dalam dan di luar negara dengan kepakaran yang diperoleh hasil daripada aktiviti yang dilaksanakan. EK mampu menerajui aktiviti penyelidikan atau perkhidmatan secara berfokus di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
Dasar ini bertujuan untuk memperjelaskan kedudukan EK dalam ekosistem penyelidikan universiti supaya ianya lebih efisien, harmoni dan diberi pengiktirafan sejajar dengan tanggungjawab terhadap kecemerlangan penyelidikan dan perkhidmatan.
Dengan adanya dokumen ini, pengurusan EK akan lebih teratur dan mantap serta mampu menjadi pemangkin bagi memacu penyelidikan ke tahap yang lebih cemerlang seterusnya meningkatkan pencapaian penarafan universiti diperingkat nasional dan antarabangsa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Vice Chancellor Office UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office |
| Keywords: | Entiti Kecemerlangan (EK), UiTM, Vice Chancellor Office |
| Date: | November 2020 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130539 |
