Bagaimana kualiti air masin boleh mempengaruhi pendapatan nelayan miskin

Zainal Abidin, Zikry Hakim and Mohd Jais, Alya Balqis and Kamaruddin, Sharir Aizat and Hakim, Muhammad Rusli and Abdullah, Muhammad Irman Fazley and Abd Rahim, Muhammad Faiz and Shamsudin, Nur Farah Adibah Mas (2024) Bagaimana kualiti air masin boleh mempengaruhi pendapatan nelayan miskin. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Kualiti air dapat mempengaruhi pendapatan nelayan sekiranya berlaku pencemaran air. Pencemaran dan penurunan kualiti air boleh memberi kesan kepada ikan dengan mengganggu habitat, sumber makanan, dan tahap oksigen terlarut, yang seterusnya mempengaruhi potensi pertumbuhan dan kebolehan pembiakan mereka (Soler et al., 2020). Bahan-bahan berbahaya seperti racun perosak, logam berat, dan hidrokarbon sering dilepaskan ke dalam persekitaran air. Jika dilepaskan dalam jumlah yang besar, banyak organisma akuatik akan mati dan menyebabkan gangguan kepada ekosistem di dalam air. Pencemaran air yang berlebihan memberi impak kepada populasi ikan di kawasan yang telah tercemar. Pengurangan populasi ikan akan mengurangkan jumlah tangkapan harian nelayan, sekaligus mengurangkan pendapatan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130499.pdf]
Text
130499.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics