Abstract
Perkhidmatan pemulihan pertuturan-bahasa dan juga pendengaran telah diperkenalkan sejak tahun 1960-an oleh American Peace Corps. and British Voluntary Service. Kemudiannya, Persatuan Pertuturan Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH) ditubuhkan pada 1995. Penubuhan ini diikuti dengan Persatuan Patologis Pertuturan-Bahasa, Malaysia (SPEAK) dan Persatuan Audiologis Kebangsaan Malaysia (MANSA) pada tahun 2010 Better Hearing and Speech Month (BHSM) merupakan bulan peristiwa yang diperkenalkan pada tahun 1927 oleh American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) yang kemudiannya dikembangkan ke negara luar termasuk Malaysia. Kini, pihak ASHA bersama National Association for Hearing and Speech Action (NAHSA) telah menamakan semula BHSM kepada Bulan Pertuturan- Bahasa dan Pendengaran National (National Speech-Language-Hearing Month). Nama baharu ini diangkat dengan menggantikan frasa ‘lebih baik’ (better) agar nama sambutan ini bersifat inklusif dan sesuai untuk diraikan oleh semua golongan yang menghadapi cabaran pertuturan, bahasa dan pendengaran tanpa mengira prognosis pemulihan yang pelbagai. Selain itu, nama baharu ini merupakan antara nama alternatif yang lebih ringkas dan mudah diingati serta mesra media. Oleh yang demikian, nama baharu ini disokong dan turut diguna pakai oleh persatuan di Malaysia. Objektif sambutan Bulan Pertuturan, Bahasa dan Pendengaran Nasional adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti akan masalah pendengaran dan kecelaruan komunikasi, serta kepentingan proses intervensi untuk meningkatkan kebolehan komunikasi serta kualiti hidup individu yang terlibat. Di Amerika, entiti terkemuka seperti Kongres Amerika Syarikat, Rumah Putih, kerajaan negeri, Institut Kesihatan Nasional, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dan lain-lain telah mengiktiraf dan mempromosikan bulan peristiwa ini. Hasilnya, sambutan ini telah menerima pengiktirafan anugerah platinum dan emas daripada pelbagai program anugerah pemasaran nasional, perhubungan awam dan persatuan. Lazimnya setiap tahun, pelbagai bentuk aktiviti akan disusun termasuk lawatan media, pengumuman perkhidmatan awam, kempen digital serta perkongsian maklumat dan sumber yang boleh dimuat turun oleh orang ramai dan ahli profesional. Malaysia sebagai, salah sebuah negara yang membangun turut tidak terkecuali dalam sama-sama menyambutnya bulan istimewa ini dengan matlamat untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia akan kepentingan sambutan ini dan impaknya terhadap masa depan negara.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. NOORDIN, NORA noranoordin@uitm.edu.my ROSLI, SHAFIAH shafiah34@uitm.edu.my MOHD RADZI, NUR HAMIZAH hamizah0715@uitm.edu.my ISMAIL, NABIHAH UNSPECIFIED |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Oral communication. Speech > Malaysia Q Science > QP Physiology > Neurophysiology and neuropsychology > Senses. Sensation. Sense organs |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
| Keywords: | pemulihan pertuturan-bahasa, pendengaran, |
| Date: | May 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130438 |
