Abstract
Pada 25-27 Mei 2016 yang lepas, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Kampus Samarahan, telah mengadakan Bengkel Permurnian Kertas Soalan Peperiksaan Akhir dan Ujian Seragam yang bertempat di Makmal Bahasa 1 dan Makmal Komputer 8, UiTM Kampus Samarahan 1. Bengkel ini diadakan bagi menyiapkan dan memurnikan kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian seragam bagi kursus-kursus ELC dan EWC seperti yang diarahkan oleh pihak Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Seramai 13 orang pensyarah APB, iaitu Cik Norlida Mohamad Nawawi (selaku penasihat), Puan Lilly Metom (selaku ketua bengkel), Dr. Norseha Unin, Profesor Madya Dr. Caesar De Alwis, Puan Roselind Wee, Puan Saira Joe, Dr. Sueb Ibrahim, Encik Johnny Ahmad, Cik Affiana Kadri, Puan Valerie Chan Abdullah, Puan Amelia Alfred Tom, Encik John Francis Noyem, Encik Haikai Hamaad Zin dan Puan Kimberly Lau, telah terlibat dalam menjayakan bengkel selama 3 hari ini. Sebanyak 12 kod kursus telah dimurnikan, iaitu ELC 010, ELC 020, ELC 030, ELC 120, ELC 150, ELC 230, ELC 400, ELC 500, ELC 501, ELC 550, EWC 661 dan EWC 662. Kertas-kertas soalan yang telah dipilih dan dimurnikan telah dihantar ke UiTM Shah Alam untuk proses vetting seterusnya.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Metom, Lilly UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Bengkel permurnian, Kertas soalan peperiksaan akhir, Ujian seragam, APB, UiTM Samarahan |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130403 |
