Pelantar akses terbuka sebagai medium alternatif bantu pelajar Kolej KETENGAH cari maklumat

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Pelantar akses terbuka sebagai medium alternatif bantu pelajar Kolej KETENGAH cari maklumat. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun telah mengadakan Bengkel Pencarian Maklumat Menggunakan Pangkalan Data Akses Terbuka bersama pelajar Kolej KETENGAH sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran literasi maklumat dan penyelidikan dalam kalangan pelajar sebagai alternatif pencarian maklumat di samping menggunakan pangkalan data langganan kolej mereka. Bengkel ini merupakan jalinan kerjasama strategik antara Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dan Perpustakaan Kolej KETENGAH diadakan bertempat di Auditorium Kolej KETENGAH bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan telah disertai seramai 375 orang pelajar. Pengisian telah disampaikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah,Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), dan turut dibantu oleh Puan Hafsah Mustafa, Puan Nur Rohaya Razali, dan En. Ahmad Fathi Azhari Azmi. Pengisian bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah pencarian maklumat secara efektif melalui pelbagai pangkalan data akses terbuka yang tersedia dalam talian, sebagai alternatif penggunaan pangkalan data langganan kolej mereka, seperti UiTM Institutional Repository, U-Pustaka, Science Direct Open Access, Taylor & Francis, OA.mg, Open Access Journal Indexed in Scopus, Google Scholar, DOAJ (Directory of Open Access Journals) dan ERIC, serta teknik-teknik pencarian berkesan. Juga diterangkan senarai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UiTM kepada komuniti setempat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi
Korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA, Buletin, KETENGAH.
Date: October 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130302
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130302.pdf] Text
130302.pdf

Download (3MB)

ID Number

130302

Indexing

Statistic

Statistic details