Pengembaraan akuaskap: pelajar UiTM Mukah bawa murid SK Mukah teroka ilmu akuaskap dan vivarium

Gerunsin, Norliza (2025) Pengembaraan akuaskap: pelajar UiTM Mukah bawa murid SK Mukah teroka ilmu akuaskap dan vivarium. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.

Abstract

Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah telah berpeluang menyertai satu program pendidikan Akuakultur Sains menerusi Projek SULAM: Pengembaraan Akuaskap Dalam Mencipta Vivarium Ikan Hiasan. Program ini merupakan salah satu inisiatif pelajar Diploma Teknologi Akuakultur, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah di bawah aktiviti pembelajaran berasaskan komuniti Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM). Empat puluh (40) orang pelajar Diploma Teknologi Akuakultur telah terlibat secara aktif sebagai fasilitator semasa sesi latihan dalam kumpulan. Ucapan daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Mukah, Puan Angela Bujang. Program yang berlangsung pada 21 Jun 2025 di Dewan Terbuka SK Mukah ini turut mendapat kerjasama Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah, serta sokongan padu daripada pihak sekolah. Menurut Ketua Projek, Puan Norliza Gerunsin, objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan ekosistem akuatik dan pemuliharaan alam sekitar, di samping memperkasakan pelajar universiti dalam aspek komunikasi, kepimpinan serta pemindahan ilmu.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Gerunsin, Norliza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus
Journal or Publication Title: UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah?
ISSN: 2976-257X
Related URLs:
Keywords: Akuaskap, UiTM Kampus Mukah, Vivarium, SK Mukah
Date: 4 November 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130203
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130203.pdf] Text
130203.pdf

Download (562kB)

ID Number

130203

Indexing

Statistic

Statistic details