Abstract
Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang memberi penekanan kepada pelbagai aspek penting dalam dunia keusahawanan. Antaranya ialah modul Penetapan Minda Usahawan yang menggariskan kepentingan pembentukan sikap, pemikiran dan nilai-nilai positif sebagai asas kejayaan dalam perniagaan. Peserta turut didedahkan dengan Modul Pengenalan Rancangan Perniagaan yang memperkenalkan komponen utama dalam penyediaan pelan perniagaan yang berkesan sebagai panduan perancangan dan hala tuju perniagaan. Seterusnya, Modul Pengurusan Perniagaan dan Pentadbiran Organisasi memberi fokus terhadap pengurusan operasi harian serta struktur organisasi perniagaan yang sistematik. Selain itu, Modul Pengurusan dan Bantuan Kewangan membantu peserta memahami cara mengurus aliran tunai, penyediaan bajet dan strategi kewangan lestari, di samping memberi pendedahan kepada pelbagai bentuk bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi agensi kerajaan. Akhir sekali, peserta turut mengikuti Modul Prosedur Pendaftaran Perniagaan yang membimbing mereka mengenai langkah-langkah rasmi serta keperluan undang-undang dalam mendaftarkan perniagaan secara sah.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nyandang, Joycelyne UNSPECIFIED Punding, Azlan Yusof UNSPECIFIED Abang Abdul Rahman, Dayang Hummida UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | PROPUB, Asas keusahawanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Mukah, Jabatan Perdagangan serta Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, Politeknik Mukah Sarawak. |
| Date: | 4 November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130173 |
