Status kerjaya: sepenuh masa, separuh masa, kontrak, harian, separuh masa sepenuh masa, bersara - antara tersurat dan tersirat

Satari, Hisam (2025) Status kerjaya: sepenuh masa, separuh masa, kontrak, harian, separuh masa sepenuh masa, bersara - antara tersurat dan tersirat. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Bersara secara zahirnya bermaksud tamat tempoh pekerjaan, namun secara tersirat ia merupakan isyarat kasih sayang Allah yang mengalihkan fokus manusia daripada kesibukan dunia kepada hakikat pengabdian kepada-Nya. Sepanjang kehidupan, segala pencapaian pendidikan, kerjaya, pangkat dan penghormatan berlaku dengan izin Allah dan bersifat sementara. Apabila persaraan tiba, semua keistimewaan duniawi ditarik kembali agar manusia menyedari bahawa nikmat tersebut hanyalah pinjaman, dan inilah masa untuk kembali menilai makna sebenar kehidupan serta tujuan akhir pengabdian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129820.pdf]
Text
129820.pdf
Download (897kB)
Indexing & Metrics