Abstract
15 November 2024-UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 yang berlangsung dengan penuh semangat dan meriah sepanjang minggu bermula 25 oktober sehingga 15 November 2014. Program tahunan ini berjaya menghimpunkan warga fakulti daripada pelbagai latar belakang akademik dalam satu platform yang sihat dan penuh nilai kesukanan. SAF 2024 menyaksikan penyertaan aktif dari semua fakulti, termasuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kimia, Sains Gunaan, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar, futsal, badminton, ping pong, catur dan banyak lagi acara yang menjadikan program ini satu medan bukan sahaja untuk menguji ketangkasan fizikal tetapi juga mencungkil semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan staf dan pelajar. Program Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan yang juga dikenali sebagai Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mencipta detik bersejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Persembahan sempena Majlis Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 yang berlangsung di Dewan Besar, UiTMCPP. Kejayaan gemilang ini diraikan penuh bangga oleh para pelajar dan staf, mencerminkan semangat kesukanan serta komitmen tinggi sepanjang persiapan dan latihan. Persembahan perbarisan yang sarat dengan kreativiti dan semangat telah memikat perhatian para juri, mengatasi saingan hebat daripada fakulti-fakulti lain.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Sukan Antara Fakulti (SAF), Akademik, Gemilang |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129722 |
