Ziarah Kasih Ramadan 2024: pelajar Pra Diploma Sains

Hasan, Suhaiza (2025) Ziarah Kasih Ramadan 2024: pelajar Pra Diploma Sains. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Menyantuni Pelajar, Menghulur Kasih - Sempena bulan mulia Ramadan, Unit Pra Pendidikan Tinggi menerusi Program Pra Diploma Sains UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu inisiatif kebajikan kepada pelajar iaitu Ziarah Kasih Ramadan 2024, dengan membuat kunjungan ke 10 buah rumah pelajar daripada Program Pra Diploma Sains STEM C dan Pra Perdagangan bagi menyampaikan sumbangan serta memberi sokongan moral menjelang Syawal. Program ini dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan nilai kasih sayang, melibatkan pensyarah seperti Puan Suhaiza Hasan dan Puan Marina Mokhtar, dan serta wakil staf Puan Kartini Saad dan Puan Hafizotul Akmal Johari yang turun padang menziarahi pelajar-pelajar terpilih. Dalam setiap kunjungan, pihak program menyerahkan sumbangan berbentuk keperluan asas dan juadah Ramadan sebagai tanda prihatin dan sokongan berterusan terhadap kesejahteraan pelajar. Ziarah Kasih ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah turut membuka ruang kepada pensyarah dan staf untuk lebih dekat dengan pelajar, memahami latar belakang mereka, dan memupuk nilai empati serta semangat kekeluargaan dalam kalangan komuniti kampus. Program Ziarah Kasih Ramadhan 2024 adalah bukti nyata bahawa UiTM bukan sahaja memberi pendidikan berkualiti, tetapi juga menekankan nilai kemanusiaan dan kebajikan dalam membentuk pelajar yang holistik. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada semua warga kampus untuk terus menyemai nilai kasih sayang, prihatin dan membantu sesama insan, khususnya dalam bulan penuh barakah ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Suhaiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Zin, Azrinawati
UNSPECIFIED
Chief Editor
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Ziarah Kasih Ramadan, Komuniti, Forum
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129721
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129721.pdf] Text
129721.pdf

Download (6MB)

ID Number

129721

Indexing

Statistic

Statistic details