Abstract
4 Jun 2024, UiTM Cawangan Pulau Pinang – Program Khidmat Masyarakat Kolaboratif TVET: Jom Masuk UiTM – A Day in UiTMCPP 2024 anjuran Jabatan Sains Gunaan dan Unit Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Besar dengan menghimpunkan seramai 250 peserta, termasuk 166 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 25 buah sekolah sekitar Daerah Seberang Perai Utara (SPU), guru, pegawai PPD serta wakil daripada rakan-rakan strategik terdiri daripada HRD Corp Sdn. Bhd., Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTMCPP. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar luar bandar tentang peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan di UiTM, khususnya melalui laluan Program Pra Diploma. Sepanjang program berlangsung, pelajar diberi motivasi dan maklumat melalui slot "Jom Skor A SPM", forum halatuju selepas SPM, pameran akademik dan pameran rakan strategik, serta sesi pengisian permohonan kemasukan ke UiTM secara dalam talian. Menariknya, aktiviti sampingan seperti "Campus Tour" dan Pertandingan Wefie: A Day in UiTMCPP berjaya menceriakan suasana dan meningkatkan interaksi antara pelajar sekolah dan warga UiTM. Program ini turut menerima sokongan daripada pelbagai rakan kolaborasi seperti PPD SPU, HRD Corp, YAPEIM, dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTMCPP, dengan tajaan keseluruhan bernilai RM2,500. Peruntukan ini digunakan sepenuhnya bagi menyediakan makanan peserta, hadiah, bahan promosi dan keperluan logistik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Program khidmat masyarakat, Motivasi, Forum |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129720 |
