Promosi program akademik Pra Diploma Sains & Pra Diploma Sains STEM Sastera 2024

Hasan, Suhaiza (2025) Promosi program akademik Pra Diploma Sains & Pra Diploma Sains STEM Sastera 2024. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

26 – 27 Jun 2024, Midtown Perda,Kubang Menerong – Unit Misi Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang komited mempromosikan Program Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Sains STEM C Sastera dalam Jelajah Pendidikan Luar Bandar (JPLB) 2024, sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan memperluas akses pendidikan tinggi kepada komuniti luar bandar. Bertempat di Kubang Menerong, Seberang Perai Utara, JPLB 2024 berjaya menarik kehadiran ratusan pelajar sekolah menengah, ibu bapa dan penduduk setempat. Rerurai promosi Program Pra Diploma menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang laluan kemasukan ke UiTM melalui program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) melalui aliran Sains dan STEM C Sastera. Melalui sesi interaktif, edaran risalah dan konsultasi bersemuka, pasukan promosi daripada Jabatan Sains Gunaan yang diwakili oleh Puan Suhaiza Hasan merangkap Koordinator PPT dan Puan Noorezal Atfiyinna Mohd Napiah telah memberi penerangan mengenai syarat kemasukan, struktur program, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma serta sokongan akademik yang ditawarkan di UiTM. Aktiviti kuiz, permainan interaktif serta hadiah cenderamata turut memeriahkan suasana rerurai dan berjaya menarik minat ramai pelajar. Penyertaan dalam JPLB ini bukan sahaja berfungsi sebagai saluran promosi program, malah sebagai platform mendekati komuniti luar bandar dan memberi pendedahan awal tentang pentingnya pendidikan tinggi kepada golongan B40 dan pelajar lepasan SPM. Program ini membuktikan komitmen UiTM dalam merealisasikan agenda pemerkasaan pendidikan nasional, selaras dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing. UiTM dihatiku.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Suhaiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Zin, Azrinawati
UNSPECIFIED
Chief Editor
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Holistik, Komuniti
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129701
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129701.pdf] Text
129701.pdf

Download (6MB)

ID Number

129701

Indexing

Statistic

Statistic details