KeSUTRA 2024

Rosli, Siti Azlina (2025) KeSUTRA 2024. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Kejohanan Sukan Utara UiTM atau lebih dikenali sebagai (KeSUTRA) telah diadakan pada 29 dan 30 Jun 2024 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad di sekitar kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Kejohanan ini melibatkan seramai 464 orang atlet dari UiTM Kampus Cawangan Utara Malaysia iaitu dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis. Terdapat 10 jenis sukan yang telah dipertandingkan dalam kejohanan pada tahun ini, antaranya ialah bola sepak, bola jaring, badminton, ping pong, pétanque, bola tampar dan dart . Pada kali ini, cik Siti Azlina telah terpilih untuk mewakili UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam sukan ping pong untuk acara beregu. Hanya 3 orang atlet wanita ping pong yang mewakili UiTM Cawangan pada kali ini iaitu beliau sendiri, Dr Norain Isa dan Dr Noorzalila Muhammad Niza di mana Dr Norain Isa mewakili acara perseorangan dan selebihnya mewakili acara beregu. Acara ping pong kali ini adalah berpasukan di mana mata keseluruhan telah digabungkan dengan pasukan lelaki. Pasukan ping pong UiTM Cawangan Pulau Pinang hanya berjaya mendapat tempat ke-3. Namun, alhamdulillah pasukan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN Kejohanan Sukan Utara (KeSUTRA) UiTM pada tahun 2024 ini. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah bertanding. Semoga kesemua atlet UiTM Cawangan Pulau Pinang akan terus cemerlang di arena sukan peringkat UiTM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosli, Siti Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Zin, Azrinawati
UNSPECIFIED
Chief Editor
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Kejohanan Sukan Utara (KeSUTRA) UiTM, Cemerlang, Ping Pong
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129693
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129693.pdf] Text
129693.pdf

Download (8MB)

ID Number

129693

Indexing

Statistic

Statistic details