Abstract
Jika pada tahun 2023, Cik Siti Azlina telah berjaya merangkul tiga medal untuk projek inovasi keusahawanan pelajar iaitu satu medal perak dan dua medal gangsa di International Virtual Student’s Business Idea and Product Competition (iVISBIPIC) 2023 pada 22 hingga 30 June 2023 anjuran UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang bertemakan “INTEGRATING CREATIVITY AND INNOVATION IN THE NEW NORMS”. Pada tahun 2024 ini, beliau telah mencuba nasib dengan menghantar tiga lagi kumpulan pelajar ke International Competition Entrepreneurship Business Innovation (iCEBIV 2024) anjuran Fakulti Perniagaan dan Pengurusan dengan kerjasama Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Cawangan Kedah dan juga Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universitas Islam Bandung (UNISBA), Indonesia. Tema pada tahun ini ialah “Promoting Innovative Entrepreneurship for a Sustainable Economy: Pioneering Tomorrow’s Business Models” di mana tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Business Model Canvas (BMC), Business Plan (BP) dan Business Idea. Ketiga-tiga kumpulan pelajar beliau telah memilih kategori Business Plan dengan menghantar abstrak dan juga video yang berdurasi kurang dari 10 minit ke iCEBIV 2024. Alhamdulillah, rezeki tahun 2024 ini ketiga-tiga projek inovasi keusahawanan pelajar itu telah berjaya memenangi medal EMAS. Dengan kejayaan cemerlang dari idea keusahawanan pelajar sendiri, diharap minat pelajar ini dalam bidang keusahawanan akan membuatkan mereka semakin bersemangat untuk menjadi usahawan bumiputera yang cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia kelak.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Siti Azlina UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Inovasi, Bumiputera, Business plan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129655 |
