Kritikan penyiaran: maklum balas penonton

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2025) Kritikan penyiaran: maklum balas penonton. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Maklum balas penonton merupakan indikator penting dalam menilai keberkesanan sesuatu karya seni, tanpa mengira format atau platform penyiarannya. Penonton lazimnya memberikan komen berdasarkan jangkaan awal yang dibentuk melalui promosi, tajuk, barisan pelakon dan minat peribadi, sama ada karya tersebut memenuhi, sederhana atau tidak mencapai jangkaan. Penilaian ini kebanyakannya tertumpu pada jalan cerita dan elemen penceritaan seperti pengakhiran, kekuatan watak dan aliran naratif, walaupun tanpa istilah kritikal yang formal. Namun, maklum balas positif dan negatif daripada penonton tetap signifikan sebagai ukuran sambutan serta panduan kepada pengkarya untuk memperbaiki dan menghasilkan karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129652.pdf]
Text
129652.pdf
Download (737kB)
Indexing & Metrics