Abstract
Pada 13 Ogos 2025, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Vitrox Technologies Sdn. Bhd. sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara institusi akademik dan industri teknologi tinggi. Perjanjian ini ditandatangani di Centre of Excellence, Vitrox, Batu Kawan, Pulau Pinang. Majlis menandatangani MoU ini melambangkan komitmen bersama dalam mempromosikan persefahaman, persahabatan serta kerjasama berterusan dalam bidang akademik, penyelidikan, kebudayaan dan pertukaran kepakaran.
MoU ini membuka peluang luas kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif seperti pembangunan kurikulum berasaskan industri, penyelidikan gunaan, latihan industri, pertukaran staf dan pelajar, serta penganjuran program pembangunan bakat. Kerjasama ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan UiTM dengan pendedahan kepada teknologi sebenar dan keperluan industri semikonduktor serta automasi pintar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rashid, Anith Nurani UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Sihab, Norsabrina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Electrical Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | E2 Waves |
| ISSN: | 3083-8851 |
| Keywords: | UiTM, Vitrox Technologies Sdn. Bhd., MoU |
| Date: | January 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129605 |
