Abstract
Pengajaran kolaboratif di universiti antara lokal industri dan lokal universiti di Malaysia merupakan satu usaha penting dalam memastikan graduan yang dihasilkan relevan dengan keperluan pasaran kerja. Dalam arena pendidikan tinggi yang kian berkembang, pendekatan ini berfungsi sebagai pemangkin dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta bersedia menempuh cabaran dunia industri. Di Jabatan Sains Gunaan, usaha ini direalisasikan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan universiti lain bagi memastikan pengalaman pembelajaran lebih interaktif dan relevan. Kolaborasi bersama pihak industri dari PUSPEN, Agensi Nuklear Malaysia, dan Knauf Sdn Bhd,untuk kod kursus seperti ENV124, PHY145, dan PHY130 memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pembelajaran secara langsung daripada pakar industri yang berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Sementara itu, kursus CHM012 mengukuhkan jalinan akademik dengan UNIMAP, memberikan pelajar peluang untuk mendalami perkembangan terkini dalam bidang sains dan teknologi dari sudut pandangan yang lebih holistik. Dengan gabungan teori, aplikasi industri, dan perkongsian kepakaran, pelajar bukan sahaja mendapat ilmu tetapi juga membina kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan komunikasi profesional. Inisiatif ini bukan sekadar meningkatkan daya saing graduan, malah menjadi batu loncatan untuk membentuk pemimpin masa depan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan industri.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna UNSPECIFIED Yunus, Mohd Bukhari UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Pengajaran, Kolaboratif, Aplikasi industri |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129602 |
