Program korban perdana & kursus sembelihan ayam bersama pelajar ISH301

Kamaruzaman, Mohd Asyran Safwan (2025) Program korban perdana & kursus sembelihan ayam bersama pelajar ISH301. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Program Korban Perdana & Kursus Sembelihan Ayam anjuran pelajar ISH301 dengan kerjasama penduduk Kampung Parit Tinggi telah berlangsung pada 10 Jun 2025 di Bengkel Tekstil, UiTM Kuala Pilah. Program ini melibatkan penyembelihan dua ekor lembu korban, seekor kambing akikah serta amali penyembelihan 60 ekor ayam yang dibimbing oleh Dr. Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, sekali gus memberi pendedahan praktikal kepada para pelajar. Aktiviti gotong-royong melapah daging dan rewang memasak turut memeriahkan program sebelum diakhiri dengan jamuan makan berjemaah yang mengeratkan hubungan antara warga UiTM dan masyarakat setempat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129480.pdf]
Text
129480.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics