Abstract
Dalam usaha memastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum dan berhemah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga selaras dengan aspirasi universiti ke arah kampus lestari dan berdaya saing. Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kos operasi, tetapi juga menyokong agenda kelestarian nasional dalam memperkukuh kecekapan tenaga di sektor pendidikan. Program penjimatan tenaga melalui Energy Saving Measures (ESM) ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan pendekatan teknikal, pengurusan dan kesedaran warga kampus. Melalui pelan tindakan yang terancang, UiTM Cawangan Johor berhasrat untuk membentuk budaya kerja yang prihatin terhadap penggunaan tenaga serta memupuk tanggungjawab bersama dalam menjaga sumber tenaga untuk generasi akan datang. Komitmen berterusan daripada setiap individu amat penting bagi memastikan usaha ini terus memberi impak positif kepada universiti dan alam sekitar. Justeru, buku ini disusun sebagai panduan pelaksanaan ESM di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, bertujuan untuk, meningkatkan kesedaran warga kampus tentang kepentingan penjimatan tenaga, mencadangkan langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menyediakan pelan tindakan yang sistematik bagi mencapai matlamat kelestarian jangka panjang. Dengan komitmen bersama, kampus ini berpotensi menjadi model institusi pendidikan hijau yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan amalan lestari.
Metadata
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Siti Hasmah UNSPECIFIED Mohd Alias, Mohd Syahril Anuar UNSPECIFIED Ali, Nurul Badriyah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Director Zainon, Saunah UNSPECIFIED Advisor Mohd Esman, Ahmad Shahrizan UNSPECIFIED Team Leader Salamin, Maznah UNSPECIFIED Designer Isahak, Siti Nordiyana UNSPECIFIED Designer Sardi, Syamsul Firdaus UNSPECIFIED Editor Nurul Badriyah, Ali UNSPECIFIED Interviewee Abdul Sani @ Salleh, Zainolasri UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Energy conservation |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Keywords: | Energy Saving Measures (ESM), Pelan Tindakan Penjimatan Tenaga |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129473 |
