Abstract
Program ceramah sempena “Nuzul Al-Quran” pada 15 Julai 2014 yang lalu merupakan program berbentuk keagamaan bagi semua kakitangan dan pelajar yang beragama Islam di UiTM Sarawak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Tamri Arrim dari Pejabat HIKMAH, Kota Samarahan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peristiwa penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat dan menjadikan kitab tersebut sebagai satu mashaf yang menjadi pegangan umat Islam sehingga kini. Apabila al-Quran dikatakan menjadi mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka ia x memberi makna yang terlalu besar kepada umat Islam terutamanya dalam merungkai rahsia-rahsia isi al-Quran. Program ini juga diadakan bagi membentuk rohani yang baik di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar Islam, di samping mengeratkan ikatan ukhuwah di kalangan kakitangan dan pelajar UiTM.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tompeng, Norsinah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Ceramah, Nuzul al-Quran, UiTM Sarawak |
| Date: | January 2015 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129386 |
