Sinar Kasih 1.0: aktiviti STEM ceriakan kanak-kanak di Rumah Jagaan Bakti

Bakhari, Nor Aziyah and Yunus, Mohd Bukhari (2025) Sinar Kasih 1.0: aktiviti STEM ceriakan kanak-kanak di Rumah Jagaan Bakti. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

KUALA KETIL, 25 Mei 2024 - Jabatan Sains Gunaan telah menganjurkan program khidmat masyarakat Sinar Kasih 1.0 bersama rakan strategik Pusat Rawatan Otot, Sendi, Saraf dan Tulang Belakang (PRO1JAB). Program dilaksanakan di premis Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam di Kuala Ketil, Kedah yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Peserta program ini terdiri daripada Penghuni Rumah Jagaan Bakti di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil yang berjumlah seramai 16 orang, terdiri daripada anak-anak miskin-yatim-piatu berusia antara 8 hingga 22 tahun. Di antara mereka terdapat anak-anak yang memiliki kad OKU (hyperaktif, down syndrom, autism, lembam) dan ada seorang daripada mereka merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (UniSHAM) yang sedang mengidap kanser tahap 4. Sinar Kasih 1.0 merupakan salah satu program kolaborasi bertujuan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin serta menyemai budaya tolong-menolong di kalangan warga UiTM. Anak-anak di sini diceriakan dengan pelbagai aktiviti bersama dan diperkenalkan dengan STEM melalui permainan yang sangat menarik seperti Kungfu Panda, Tangan Kananku, Bantal Misteri dan Kreatif-Bina. Keceriaan dan kegembiraan pelajar jelas kelihatan dalam setiap aktiviti, tambahan lagi tatkala menerima hadiah masing-masing. Di samping aktiviti perkongsian ilmu berkaitan STEM, program ini juga berobjektifkan pengumpulan sumbangan dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan daripada warga UiTM untuk disumbangkan kepada pihak komuniti setempat di Kuala Ketil. Program diakhiri dengan penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai, buku-buku dan pakaian turut diserahkan kepada anak-anak, dan Pengurus Rumah Jagaan Bakti, iaitu Encik Mohamad Rosli bin Yahaya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bakhari, Nor Aziyah
UNSPECIFIED
Yunus, Mohd Bukhari
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Zin, Azrinawati
UNSPECIFIED
Chief Editor
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Program khidmat masyarakat, STEM, Sinar Kasih 1.0
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129345
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129345.pdf] Text
129345.pdf

Download (8MB)

ID Number

129345

Indexing

Statistic

Statistic details