Abstract
Murid mengalami pelbagai jenis emosi sepanjang hari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan kekerapan emosi murid pemulihan khas serta meneroka faktor yang mempengaruhi emosi mereka. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Seramai enam orang murid pemulihan khas yang berumur 9 tahun telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data temu bual dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis emosi yang dialami oleh murid pemulihan khas ialah gembira, sedih, takut, kejut dan marah. Emosi gembira adalah emosi dominan dalam kalangan murid pemulihan khas. Kekerapan emosi gembira didapati paling tinggi antara jenis emosi yang dialami oleh murid pemulihan khas. Dapatan kajian ini menunjukkan murid pemulihan khas cenderung mengalami emosi gembira sepanjang hari di sekolah. Faktor yang mempengaruhi emosi murid pemulihan khas sekolah rendah ialah faktor aktiviti pembelajaran, sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan keluarga. Kajian ini membawa implikasi kepada guru pemulihan khas agar lebih memahami emosi yang dialami oleh murid pemuihan seterusnya membantu guru merancang aktiviti yang mampu meningkatkan emosi gembira dalam kalangan murid pemulihan khas di sekolah.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Cheah, Chinn Chyr p130213@siswa.ukm.edu.my Amran, Muhammad Syawal syawal@ukm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology > Group behavior L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Exceptional children and youth. Special education > Learning disabled children and youth |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Malaysia Journal of Invention and Innovation |
| ISSN: | 2976-2170 |
| Volume: | 4 |
| Number: | 5 |
| Page Range: | pp. 30-43 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Educational psychology, Emotions in children, Remedial teaching |
| Date: | 5 September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129310 |
