Reka bentuk dan pembangunan aplikasi Funarabi dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab

Zainal Abidin, Muhammad Aiman (2025) Reka bentuk dan pembangunan aplikasi Funarabi dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Dalam era moden ini, teknologi digunakan secara meluas termasuk dalam sektor pendidikan. Penggunaan teknologi telah membawa kepada perkembangan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kaedah moden yang semakin mendapat perhatian adalah pembelajaran berasaskan permainan (Game-Based Learning, GBL). Penggunaan GBL dalam proses pendidikan dapat membantu memudahkan dan meningkatkan minat pelajar untuk terlibat dalam mana-mana mata pelajaran, termasuk mata pelajaran bahasa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pelajar dan membangunkan permainan berasaskan Scratch bagi pembelajaran kosa kata bahasa Arab, khususnya bagi pelajar pada tahap CEFR B1 dalam kursus Bahasa Arab dan Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai tahap kebolehgunaan permainan yang dibangunkan menurut pakar dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Arab dan Teknologi Maklumat. Model pembangunan ADDIE (1975) digunakan sebagai kerangka kerja yang melibatkan lima fasa: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Kajian ini menggunakan kaedah campuran dengan soal selidik sebagai instrumen utama. Responden terdiri daripada 73 pelajar semester 5 program Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Arab Komunikasi Profesional) dari Universiti Teknologi MARA. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 27 mendapati bahawa terdapat keperluan tinggi untuk membangunkan permainan Scratch bagi pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Permainan ini juga didapati sesuai bagi pelajar tahap CEFR B1 menurut penilaian pakar. Kajian ini mencadangkan agar permainan berunsur multimedia dikembangkan untuk topik-topik lain dalam pembelajaran bahasa Arab.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Muhammad Aiman
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Bahasa Gunaan
Keywords: Reka bentuk pembangunan, aplikasi, funarabi, bahasa arab
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129195.pdf] Text
129195.pdf

Download (156kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

129195

Indexing

Statistic

Statistic details