Hobi saya adalah...

Ngah, Nazlin Emieza (2021) Hobi saya adalah... Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Nazlin hobi kamu apa?" Alamak, berderau darah, sebolehnya tidak mahu berkongsi hobi sendiri, bimbang ditertawakan. Selepas didesak, dengan berat hati, bangun berdiri, ada 40 pasang mata memandang... "ermmm hobi saya mendengar hobi orang lain cikgu". Dan seperti yang dijangkakan, meletuslah 40 suara ketawa menggamat kelas. Cikgu pun tersenyum kambing dan meredakan kelas. "Bagus hobi awak, unik". Ok, bangga sekejap. Betul, hobi saya agak unik, saya suka mendengar dan catit apa hobi orang lain. Agak pelik bunyinya, tetapi hasil dari mengumpul hobi dan impian orang lain, saya mula memasang impian dan angan-angan untuk menjadi berjaya seperti orang lain. Saya mempunyai beberapa buah buku koleksi hasil menulis hobi orang lain, sayangnya buku-buku tersebut rosak dimakan anai-anai. Akan tetapi, memori kenangan kekal tersimpan di dalam hati.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129080.pdf]
Text
129080.pdf
Download (587kB)
Indexing & Metrics