Perpustakaan PAK21 SK Penaga destinasiku

Ismail, Latifah and Azwan Hadi, Siti Syamimi and Ahmad Zahudi, Iffah Haziqah and Shamsol Khairy, Adam Saufy and Ahmad Khadri, Ahmad Aqil Amsyar (2019) Perpustakaan PAK21 SK Penaga destinasiku. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 52. ISBN 9773030607006
Abstract

Perpustakaan dan warga SK Penaga berpisah tiada. Ini kerana perpustakaan menjadi nadi utama sekolah dalam menyediakan pelbagai koleksi bahan & perkhidmatan kepada warga sekolah. Disebabkan perpustakaan SK Penaga berada di tingkat 3, keadaan ini menyukarkan murid2 & guru2 untuk sentiasa berada di perpustakaan. Justeru, seluruh kawasan sekolah dijadikan perpustakaan. Pelbagai koleksi bahan bacaan, permainan dalaman, info serta aktiviti galakan membaca disediakan di balai bacaan, laluan utama, kantin, bilik darjah dll untuk memudahkan warga sekolah memanfaatkan waktu terluang dengan aktiviti-aktiviti yg berfaedah. Ibu bapa dan waris juga boleh sama-sama menggunakan bahan dan perkhidmatan yg disediakan ketika menunggu atau menjemput anak pulang dari sekolah. Dengan tagline 'macam2 ada', perpustakaan SK Penaga menjadikan kedai runcit nagor (mamak) sebagai contoh ikutan, dimana, apa sahaja yg diminta oleh pelanggan pasti ada. Koleksi bahan dan perkhidmatan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa untuk memberi kepuasan kepada kepada warga sekolah dan komuniti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129060.pdf]
Text
129060.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics