Abstract
UiTM Sarawak mencatat satu lagi sejarah tersendiri apabila melancarkan Sistem Alumni UiTM Sarawak. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Idris Jusoh, sempena program Berambeh Bersama Warga UiTM Sarawak yang diadakan di Dewan Jubli baru-baru ini. Sistem alumni tersebut dilihat memudahkan pihak UiTM Sarawak untuk berinteraksi dengan semua alumni yang berada di serata dunia dengan menyebarkan maklumat berkaitan dan sebagainya. Pada masa yang sama, sistem alumni tersebut juga memudahkan setiap alumni untuk berhubung serta berinteraksi dengan pihak universiti apabila mereka ingin menyalurkan sumbangan, idea, saranan dan sebagainya. Pelancaran sistem alumni UiTM Sarawak juga bertepatan dengan saranan Menteri Pendidikan Tinggi yang dalam ucapannya menggalakkan alumni UiTM untuk bergerak aktif untuk menjadikan lebih 600,000 orang alumni mampu menjana pendapatan. Beliau mahu semangat ‘memberi balik’ (spirit of giving back) disuburkan di dalam jiwa alumni supaya setiap keringat yang pernah dicurahkan kepada alumni ini dapat dinikmati pula oleh orang lain, terutama anak-anak mereka.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abang, Mohammad UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | UiTM Sarawak, Sistem alumni UiTM Sarawak, Alumni |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129003 |
