Sorotan mengenai prestasi pekerja dengan kepimpinan bertransformasi, persekitaran kerja, dan kecerdasan emosi

Ali, Noor Malinjasari and Mohamed Nor, Raslina and Mohd Noor, Hasmida and Borhanuddin, Rahayu Izwani and Mokhlas, Hasmi and Kamaruddin, Kardina (2022) Sorotan mengenai prestasi pekerja dengan kepimpinan bertransformasi, persekitaran kerja, dan kecerdasan emosi. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Pekerja merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi kerana prestasi pekerja mempengaruhi prestasi organisasi (Kolade & Oladippopo, 2019). Prestasi pekerja boleh ditakrifkan sebagai aktiviti atau produktiviti yang dilaksanakan oleh pekerja yang selari dengan matlamat organisasi seperti yang dinyatakan dalam kajian Zainab dan Khairunnisa (2015). Menurut mereka lagi, prestasi kerja cemerlang individu dalam organisasi akan memberikan impak positif kepada negara melalui peningkatan produktiviti organisasi. Pendapat mereka turut disokong oleh kajian Azlinda (2013) yang turut menambah bahawa prestasi pekerja yang lemah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah organisasi tersebut menjadi tidak berkesan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128930.pdf]
Text
128930.pdf
Download (589kB)
Indexing & Metrics