Abstract
Diabetes mellitus merupakan salah satu masalah kesihatan awam global yang memerlukan pemerhatian berterusan, khususnya dalam konteks pencegahan dan pengurusan penyakit kronik ini. Kajian ini memperkenalkan pembangunan FIT4DM, sebuah aplikasi mudah alih yang direka untuk memantau kecergasan pesakit diabetes melalui bimbingan dalam aktiviti fizikal, pemantauan pengambilan kalori, dan penyediaan cadangan pemakanan sihat. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan metodologi ADDIE yang terdiri daripada lima fasa utama: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. FIT4DM dibina menggunakan Flutter sebagai kerangka pengaturcaraan utama, Firebase sebagai pangkalan data atas talian untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan data pengguna. Ujian kebolehgunaan melibatkan responden dalam kalangan pesakit diabetes dan individu berisiko tinggi, menunjukkan penerimaan positif terhadap aspek mesra pengguna dan kecekapan aplikasi dalam menyokong pengurusan kesihatan dan kecergasan harian. Hasil kajian menunjukkan bahawa FIT4DM berfungsi bukan hanya sebagai alat pemantauan kesihatan yang efektif, tetapi juga sebagai platform pendidikan yang membimbing pesakit ke arah amalan gaya hidup sihat. Aplikasi ini berpotensi memberikan sumbangan signifikan dalam mengurangkan risiko komplikasi diabetes melalui pengukuhan disiplin diri dalam pemantauan kesihatan berterusan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Muhammad Nur Irsyad ecad04@gmail.com Zainol, Zuraini zuraini@upnm.edu.my |
| Subjects: | R Medicine > RC Internal Medicine > Diabetes Mellitus > Malaysia T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Information display systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Malaysia Journal of Invention and Innovation |
| ISSN: | 2976-2170 |
| Volume: | 4 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 1-13 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Diabetes, Health monitoring, Mobile apps |
| Date: | 5 March 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128899 |
