Penginstitusian pedagogi oud di Malaysia: satu kajian autoetnografi tentang perintisan, repertoir, dan transformasi pendidikan muzik tradisional

Raja Mohd Yusof, Raja Zulkarnain (2025) Penginstitusian pedagogi oud di Malaysia: satu kajian autoetnografi tentang perintisan, repertoir, dan transformasi pendidikan muzik tradisional. Journal of Creative Arts, 2 (2): 9. pp. 133-147. ISSN e-ISSN: 3030-6086

Official URL: https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JCA/

Identification Number (DOI): 10.24191/jca.v2i2.6768

Abstract

Artikel ini membentangkan sebuah kajian autoetnografi yang menelusuri peranan perintis penulis dalam memperkenalkan dan menginstitusikan pendidikan oud; yang dikenali secara tempatan sebagai gambus di Malaysia dan sebahagian besar rantau Nusantara secara formal dalam konteks muzik tradisional dan pendidikan tinggi. Bermula dengan latihan awal bersama seorang guru oud dari Iraq di London pada tahun 1999, penulis telah menerapkan pendekatan pedagogi berasaskan teknik permainan, teori maqāmāt (maqām: singular), dan struktur mikrotonal muzik Arab ke dalam sistem pengajian muzik di institusi seperti ASWARA dan UiTM sejurus kembali ke tanah air pada tahun 2002, serta di UPSI antara tahun 2012 hingga 2014. Selain itu, penulis turut menyumbang kepada pengayaan kurikulum melalui pengenalan repertoir klasik dan kontemporari karya komposer terkemuka seperti Riyāḍ al-Sunbāṭī dan Tanburi Cemil Bey, di samping menerbitkan buku rujukan pertama dalam Bahasa Melayu khusus untuk pengajaran oud. Kajian ini mendapati bahawa sebelum abad ke-21, pendidikan oud di Malaysia tidak memiliki struktur pedagogi formal serta tiada kesinambungan dalam penguasaan teknik maqāmāt, taqsīm (taqasīm: plural), dan sistem talaan. Justeru itu, usaha yang dirakam dalam artikel ini mewakili satu sumbangan baharu dan signifikan terhadap pendokumentasian sejarah muzik negara. Dengan menggabungkan pengalaman autoetnografi, refleksi pedagogi, dan analisis konteks institusi, artikel ini menawarkan wacana baharu mengenai proses lokalisasi instrumen muzik Timur Tengah dalam landskap muzik Malaysia, sekali gus meletakkan asas akademik yang kukuh bagi perkembangan sistematik pendidikan oud dalam era kontemporari.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Raja Mohd Yusof, Raja Zulkarnain
raja.zulkarnain@city.edu.my
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
M Music and Books on Music > ML Literature of music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > College of Creative Arts
Journal or Publication Title: Journal of Creative Arts
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Creative Arts (JCA)
ISSN: e-ISSN: 3030-6086
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 133-147
Keywords: Autoetnografi, Oud, Pendidikan Muzik, Maqāmāt, Pedagogi, Muzik, Transformasi institusi
Date: October 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128896
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128896.pdf] Text
128896.pdf

Download (452kB)

ID Number

128896

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details