Pembangunan Sistem Penilaian Pemarkahan Projek Sarjana Muda

Amaludin, Nur Fatihah and Zainol, Zuraini (2025) Pembangunan Sistem Penilaian Pemarkahan Projek Sarjana Muda. Malaysia Journal of Invention and Innovation, 4 (1): 3. pp. 43-55. ISSN 2976-2170
Abstract

Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan kursus kajian ilmiah dalam skala kecil yang bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar dalam mempraktikkan pengetahuan teori, kemahiran serta pengalamannya yang telah mereka dapat sepanjang tempoh pengajian. Kaedah tradisional penilaian pemarkahan secara manual menyebabkan proses kemasukkan markah tidak efisien kerana ia memerlukan masa yang lama untuk mengurus dan membuat analisis markah pelajar. Untuk mengatasi masalah ini, Sistem Penilaian Pemarkahan PSM dibangunkan bagi memudahkan tugas penilai, dan penyelia PSM untuk membuat penilaian pemarkahan PSM dengan lebih pantas, efisien dan boleh dipercayai (reliable). Selain itu, sistem ini dapat membantu urusan penyelaras untuk menjana markah pelajar tahun akhir secara automatik. Projek ini dibangunkan berdasarkan model Pembangunan Perisian Tangkas di mana pembaikan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu projek siap sepenuhnya. Perisian digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah Visual Studio Code dan XAMPP. Selain itu, phpMyAdmin digunakan untuk pangkalan data sistem. Berdasarkan ujian pengguna, sistem ini berjaya mencapai objektif serta menyelesaikan kaedah konvensional penilaian pemarkahan PSM.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128824.pdf]
Text
128824.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics