Abstract
Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan kursus kajian ilmiah dalam skala kecil yang bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar dalam mempraktikkan pengetahuan teori, kemahiran serta pengalamannya yang telah mereka dapat sepanjang tempoh pengajian. Kaedah tradisional penilaian pemarkahan secara manual menyebabkan proses kemasukkan markah tidak efisien kerana ia memerlukan masa yang lama untuk mengurus dan membuat analisis markah pelajar. Untuk mengatasi masalah ini, Sistem Penilaian Pemarkahan PSM dibangunkan bagi memudahkan tugas penilai, dan penyelia PSM untuk membuat penilaian pemarkahan PSM dengan lebih pantas, efisien dan boleh dipercayai (reliable). Selain itu, sistem ini dapat membantu urusan penyelaras untuk menjana markah pelajar tahun akhir secara automatik. Projek ini dibangunkan berdasarkan model Pembangunan Perisian Tangkas di mana pembaikan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu projek siap sepenuhnya. Perisian digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah Visual Studio Code dan XAMPP. Selain itu, phpMyAdmin digunakan untuk pangkalan data sistem. Berdasarkan ujian pengguna, sistem ini berjaya mencapai objektif serta menyelesaikan kaedah konvensional penilaian pemarkahan PSM.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Amaludin, Nur Fatihah nurfatihahamaludin@gmail.com Zainol, Zuraini zuraini@upnm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Academic degrees Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > System design |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Malaysia Journal of Invention and Innovation |
| ISSN: | 2976-2170 |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 43-55 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Agile software development, Management information systems, Student evaluation |
| Date: | 5 January 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128824 |
