Abstract
Sistem Personaliti Kerjaya Pelajar (MySPK) merupakan satu alat ujian yang dapat mengukur tahap minat pelajar terhadap kerjaya. Alat ujian yang digunakan ialah Inventori Minat Kerjaya (IMK) di mana ia boleh menentukan laluan kerjaya yang sesuai untuk pelajar berdasarkan kesukaan, kecekapan dan pekerjaan yang mereka minati. Pembangunan Sistem MySPK bertujuan untuk membantu kaunselor UPNM menguruskan pangkalan data ujian IMK dengan lebih efisien. Sistem sedia ada masih menggunakan kertas dan ini telah menyebabkan kesukaran dalam menguruskan data ujian IMK. Model Prototaip digunakan untuk pembangunan Sistem MySPK secara atas talian. Seterusnya, bahasa pengaturcaraan utama yang digunakan ialah PHP, MySQL sebagai pengurusan pangkalan data, XAMPP sebagai pelayan web, dan aplikasi VS Code untuk pengekodan. Sistem MySPK mampu memudahkan proses penentuan minat kerjaya pelajar mengikut keutamaan dan personaliti mereka. Tambahan pula, peralihan daripada kaedah berasaskan kertas manual dapat mengurangkan kehilangan keputusan IMK pelajar. Platform dalam talian ini bukan sahaja memudahkan pelajar mengambil ujian IMK tanpa perlu mengunjungi pusat kaunseling malah dapat membantu kaunselor dalam menilai keserasian bidang pengajian pilihan pelajar dengan kerjaya yang diimpikan
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nasruddin, Nurul ‘Iffah Syakirah iffahsyakirah510@gmail.com Zainol, Zuraini zuraini@upnm.edu.my Abdul Mutalib, Muhammad Yazid muhammadyazid250@gmail.com |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Vocational guidance. Career development. Physical education teachers > Employability. Vocational qualifications L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Educational consultants and consulting |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Malaysia Journal of Invention and Innovation |
| ISSN: | 2976-2170 |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 26-42 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Career counseling, Personality inventory, Vocational interest |
| Date: | 5 January 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128823 |
