Abstract
Sosioekonomi global pada abad ke-21 telah melakar semula landskap peranan wanita masa kini dengan anjakan paradigma yang signifikan dalam keluarga dan masyarakat. Dekad-dekad yang lalu menyaksikan peranan wanita yang terhad dalam lingkungan domestik sahaja; wanita sebagai ibu dan isteri bagi memastikan keharmonian rumahtangga dan mendidik anak-anak. landskap peranan wanita kini berubah, bukan sekadar menjadi ibu dan isteri di rumah tetapi juga berperanan sebagai pemain utama yang aktif dalam sektor pekerjaan, ekonomi dan kepimpinan negara. Peningkatan taraf pendidikan dan peluang kerjaya yang besar telah melonjakkan peranan wanita sehingga menjadi penyumbang kritikal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pembangunan modal insan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
| Journal or Publication Title: | eBuletin MITASA |
| Keywords: | MITASA, eBuletin, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128774 |
