Abstract
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025 yang ke-68 tahun, Perpustakaan Cendekiawan dan Bahagian Pentadbiran telah mengadakan kerjasama menganjurkan UiTM Happiness Walk @Merdeka UiTM Cawangan Terengganu pada 28 Ogos 2025, Khamis. UiTM Happiness Walk (UHW) ini merupakan sebuah program santai berunsurkan patriotism dan gaya hidup sihat yang dijalankan serentak di seluruh UiTM. Program ini turut bertujuan menggalakkan penglibatan warga kampus dalam aktiviti riadah sambil memupuk semangat cintakan negara. Pelaksanaan program ini sejajar dengan usaha universiti dalam memupuk kesejahteraan mental dan fizikal di kalangan staf dan pelajar. Dilengkapi dengan aplikasi telefon pintar, laluan UHW ini telah mendapat persetujuan di peringkat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) UiTM bagi memastikan kelancaran program dan mencapai objektif program yang ditetapkan. Peserta perlu melengkapkan semua laluan yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil penyertaan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi korporatptar@uitm.edu.my |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128668 |
