Abstract
Lawatan sambil belajar para pelajar sekolah don kolej vokasional ke perpustakaan merupakan salah satu agenda dalam program misi akademik ke UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). lni merupakan salah satu pendekatan berkesan dalam memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah menengah mahupun kolej vokasional tentang suasana don ekosistem pembelajaran di peringkat universiti. Dalam usaha menyemai minat terhadap ilmu pengetahuan serta memperkukuh budaya pembacaan dan pencarian maklumat, lawatan ini memberi peluang kepada semua peserta lawatan untuk mengenali peranan perpustakaan akademik sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan pembangunan ilmu. Perluasan akses dan penggunaan perkhidmatan mahupun kemudahan kepada komuniti luar kampus juga meningkatkan keterujaan para pelawat yang hadir ke perpustakaan untuk pelbagai tujuan ilmu.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi korporatptar@uitm.edu.my |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128664 |
