Kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil

UiTM, MITASA (2025) Kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Shah Alam.

Abstract

Pada 6 November 2025, MITASA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Pertemuan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil itu diketuai Presiden MITASA, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan Prof Dr, Zulkhairi Amom, Pengarah Pusat Asasi UiTM. Perbincangan adalah berkaitan pendirian pengurusan Pusat Asasi UITM berkaitan dengan perancangan halatuju status perjawatan pensyarah Pusat Asasi yang memikul beban pemberatan pengajaran di samping cabaran memenuhi kriteria penyeliaan untuk kenaikan pangkat. Persetujuan juga diperolehi daripada Prof Pengarah Pusat Asasi bahawa beliau menyokong Kertas Kerja Cadangan Kesetaraan Penyeliaan Khas Pusat Asasi yang diusahakan dan telah diserahkan oleh MITASA kepada Naib Canselor pada 17 Julai 2025 yang lalu. Pertemuan itu juga dihadiri Penolong Setiausaha MITASA, Encik Mohd Shahrudin Mohmud dan EXCO MITASA, Puan Atifah Othman, Dr Ahmad Muhyiddin Yusof dan Encik Syazwan Syuwairi Nordin.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, MITASA
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)
Journal or Publication Title: eBuletin MITASA
Keywords: MITASA, eBuletin, Kampus Shah Alam
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128606
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128606.pdf] Text
128606.pdf

Download (2MB)

ID Number

128606

Indexing

Statistic

Statistic details