PBSM sentiasa siapsiaga sepanjang istiadat konvokesyen

Abdullah, Aidil Adha (2025) PBSM sentiasa siapsiaga sepanjang istiadat konvokesyen. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Namun bagi Muhammad Arif Irfan Mohamad Nor Ahadi, anggota PBSM yang telah berkhidmat sejak beberapa istiadat konvokesyen terdahulu, amanah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini bukanlah tanggungjawab yang mudah, apatah lagi ketika menggalas peranan penting dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke102. Arif menjelaskan, skop tugas mereka adalah memastikan aspek bantuan dan respon kesihatan sepanjang majlis berjalan lancar. “Kami ditugaskan di setiap tingkat dewan untuk bersedia sekiranya berlaku kecemasan. Jika melibatkan kes ringan seperti pitam atau demam, kami akan beri rawatan awal. Tetapi bagi kes serius, pesakit akan segera dibawa ke bilik rawatan,” katanya. Mengimbas pengalaman lalu, Arif menyifatkan konvokesyen kali ini lebih tenang berbanding istiadat yang lepas tetapi bukan bermaksud beliau dan petugas lain boleh ambil mudah. “Kali ini hanya seorang yang pengsan. Sidang sebelumnya lebih mencabar kerana ramai hadirin yang pening, pengsan, malah ada yang terpaksa dihantar ke pusat kesihatan kerana tekanan darah rendah,” ujarnya. Menurut Arif, penyertaan dalam PBSM terbuka kepada ahli jawatankuasa dan pelajar kokurikulum. Namun, memandangkan cuti semester sedang berlangsung, tugasan kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh AJKT PBSM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Aidil Adha
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, PBSM
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128544
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128544.pdf] Text
128544.pdf

Download (9MB)

ID Number

128544

Indexing

Statistic

Statistic details