Graduan perladangan di era teknologi moden

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Graduan perladangan di era teknologi moden. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Perkembangan semasa dunia hari ini yang bergerak pantas seiring dengan perubahan Teknologi mendatangkan kesan terhadap pelbagai bidang dan sektor ekonomi.Antara sektor yang terkesan dengan perkembangan tersebut termasuklah sektor pertanian dan perladangan namun ia lebih kepada kesan positif di samping ia Masih mampu mengekalkan kebolehpasaran graduan dalam bidang ini. Hakikat ini diakui dua graduan dan alumni Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Izwan Azri Rasli dan Aieman Tariq Irwan yang hari ini menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Perladangan di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102. Bagi Izwan Azri, pengalaman selama 17 tahun di dalam industri membuktikan bahawa kebolehpasaran kerjaya di dalam bidang ini adalah sangat cerah. Ini kerana industri ini sendiri sememangnya diberi sokongan dan tumpuan yang serius oleh kerajaan sendiri dalam usaha menaikkan lagi industri perladangan di dalam negara. Beliau turut berkata revolusi industri perladangan masa kini yang lebih terarah kepada penggunaan teknologi canggih seperti dron dan Internet of Things (IoT) merupakan antara faktor yang meningkatkan produktiviti industri ini sendiri dan bersetuju bahawa graduan yang menguasai perkara ini akan punyai peluang besar di bidang ini. Aieman Tariq juga menyuarakan pandangan optimis dengan kenyataan tersebut dan menyatakan peluang pekerjaan di dalam bidang ini cukup meluas, contohnya jika dilihat dari hasil tanaman seperti nenas, kelapa sawit, kopi dan lain-lain. Menurutnya juga, faktor perkembangan pesat syarikat dalam bidang agroteknologi turut memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badrul Hisyam, Amni Harith
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Perladangan
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128543
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128543.pdf] Text
128543.pdf

Download (8MB)

ID Number

128543

Indexing

Statistic

Statistic details