Abstract
Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan merupakan seorang graduan berusia 23 tahun dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Cawangan Kedah membuktikan kejayaannya di di dalam dunia akademik dan juga dunia keusahawanan dengan mengenggam ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa pada Istiadat Konvokesyen ke102 UiTM. Amzar Airil mempunyai perniagaan baju yang diberi nama Axisto sejak peringkat matrikulasi. Namun, pada mulanya, perniagaan itu hanyalah dijalankan secara biasa tanpa ada satu jenama kukuh, kerana baginya itu sekadar perniagaan biasa. Mulanya beliau memulakan perniagaan itu secara ready stock, Axisto itu kini beralih ke fasa menerima tempahan custom. Semenjak itu, tempahan yang diterima oleh Axisto melebihi jangkaan mereka sendiri. Bagi Amzar Airil, beliau mengakui dunia keusahawanan ini penuh dengan cabarannya sendiri. “Dalam dunia perniagaan, cabaran besar itu datangnya dari pesaing, kadang itu ada dari kalangan yang rapat. Lagi pahit, bila orang yang sengaja buat kit ani macam tak bagi yang terbaik kepada umum,” ujarnya. Namun di sebalik cabaran itu, Amzar Airil turut berbangga dengan pencapaian pada keuntungan semata.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Badrul Hisyam, Amni Harith UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Usahawan |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128542 |
