Impian Yasmin Dania dalam meningkatkan martabat irama Malaysia

Suhaini, Zaidatul Insyirah (2025) Impian Yasmin Dania dalam meningkatkan martabat irama Malaysia. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Nama Nur Yasmin Dania Yuhairi, 19 atau mesra dikenali sebagai Yasmin mungkin Masih asing dalam dunia seni muzik namun Yasmin bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah mempunyai impian agar dapat memperkenalkan semula Irama Malaysia kepada generasi muda seusianya. “Harapan saya untuk diri saya sendiri ialah supaya saya dapat kembangkan lagi genre Irama Malaysia ni, terutamanya untuk kalangan remaja macam saya. Sebab sekarang ni pun jenis muzik begitu dah tak diketengahkan lagi. Dalam TV pun dah berkurang. Jadi, saya harap saya dapat menjadi contoh untuk generasi saya”, katanya. Yasmin yang juga Graduan lepaskan Diploma Muzik yang mula meminati dunia muzik sejak kecil, banyak dipengaruhi oleh bapanya yang gemar menyanyi. Beliau yang mula aktif sejak berumur 10 tahun telah memasuki pelbagai pertandingan seperti pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di beberapa buah negeri. “Daripada masuk pertandingan wakil sekolah, lamalama masuk pula ke sekolah menengah. Bila dah masuk sekolah menengah, saya bukan wakil sekolah sahaja, tapi luar sekolah pun masuk. Biasanya pertandingan macam JKKN. Saya pernah merantau ke Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Pahang, Kedah,” ujar beliau yang menggemari irama muzik tradisional. Bagi beliau, antara pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya termasuklah apabila menjuarai pertandingan Irama Malaysia anjuran JKKN Melaka, serta pernah berjaya menempatkan diri di kedudukan empat teratas Bintang Asli Remaja. Bukan itu sahaja, beliau turut pernah menjejakkan diri sebagai 2 teratas dalam rancangan popular I Can See Your Voice sewaktu berumur 17 tahun.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaini, Zaidatul Insyirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Irama Malaysia
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128534
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128534.pdf] Text
128534.pdf

Download (49MB)

ID Number

128534

Indexing

Statistic

Statistic details