Abstract
Masa kini, lambakan penyanyi dilahirkan dengan istilah “penyanyi segera” dan trend ini dapat dilihat berleluasa di medan media sosial seperti TikTok, Instagram, dan juga YouTube. Bagi seorang guru vokal yang tidak asing lagi di dalam dunia seni, Mohamad Azrin Mohd Noor berpendapat isu ini boleh dikendalikan melalui ada nya Pendidikan formal di dalam industri muzik. Azrin Noor baru sahaja mengenggam kejayaan Sarjana Muzik Persembahan pada dan perjalanan pendidikan beliau bukan sekadar untuk mengenggam segulung ijazah, tetapi untuk meraih satu visi yang lebih besar dalam meningkatkan lagi standard dan kualiti dalam arena muzik tanah air. Sejak dari tahun 2016, beliau telah pun berkecimpung dalam bidang vokal dan mendedahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana di bawah jurusan Sarjana Muzik Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Badrul Hisyam, Amni Harith UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Industri muzik |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128532 |
